PBSM berkongsi kegembiraan di Hari Raya



Siaran Akhbar dan Foto : Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam

 





BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 26 April. -  Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam (NBD) telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1445 Hijrah di Knowledge Hub, Tingkat 1, Kompleks Annajat, Beribi, baru-baru ini.

 

Sambutan Hari Raya Aidilfitri berkenaan dianjurkan oleh Sekretari Jeneral dan Ketua Pegawai Eksekutif PBSM untuk meraikan kegembiraan dan kemeriahan menyambut suasana Hari Raya Aidilfitri.

 

Acara berkenaan merupakan peluang untuk PBSM berkumpul bersama Ahli Jawatankuasa, rakan korporat, serta wakil-wakil dari kementerian dan kedutaan di NBD untuk berkongsi kegembiraan.

 

Sambutan Hari Raya Aidilfitri berkenaan turut dihadiri oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Mohamad.  

 

Turut hadir ialah kedutaan-kedutaan di negara ini termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Filipina, Bangladesh, dan Korea.

 

Selain itu, Ahli Jawatankuasa, ketua platun dan sukarelawan PBSM bersama dengan rakan-rakan korporat turut menyertai sambutan tersebut untuk meraikan semangat harmoni Hari Raya.


Close